LAWATAN KERJA BAGI PELAKSANAAN PELESENAN LADANG SOLAR KE MAJLIS DAERAH TAMPIN
19 Januari 2023 – Satu Lawatan kerja bagi pelaksanaan pelesenan ladang solar ke Majlis Daerah Tampin telah diadakan.
Seramai 9 orang kakitangan pegawai Majlis Daerah Pekan yang telah menyertai lawatan tersebut. Ketua Deligasi dari Majlis Daerah Pekan diwakili oleh Tuan Setiausaha, En. Mohamad Nasir Bin Jusoh sepanjang tempoh lawatan diadakan.
Taklimat dari Majlis Daerah Tampin diketuai oleh Tuan Zahari Bin Md Afandi selaku Yang Dipertua, Setiausaha Majlis Daerah Tampin, En. Zulhilmi Bin Marzuki serta pegawai-pegawai yang lain turut serta dalam taklimat tersebut. Seterusnya lawatan diteruskan ke Ladang Janakuasa Solar, Gemas dan diberikan taklimat oleh Encik Badrul Hisham Bin Hamdan selaku Pengarah Operasi di Ladang Janakuasa berkenaan.
Dalam lawatan yang diadakan adalah bertujuan mendapatkan perkongsian berkaitan proses bayaran lesen yang dikeluarkan untuk Ladang Janakuasa Solar. Ini adalah berkaitan bagi pelaksanaan Lesen Ladang Janakuasa Solar di Majlis Daerah Pekan.