16 Mei 2025 – Program Kitar Semula Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja
Program ini diadakan pada setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Stor Kitar Semula Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja. Orang ramai boleh hantar barang kitar semula di belakang pejabat kami. Bersama-sama kita menjaga alam sekitar dan mengurangkan janaan sampah ke tapak pelupusan.