PEKAN, 03 OGOS 2024 – Telah diadakan Pertandingan Cabaran Memancing di Pantai Lagenda Pekan dengan kerjasama Strike Broo Event Management.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Mohd Nasir bin Jusoh, Ahli Majlis MPPBDR, Puan Norshaidatul Akhmar binti Sharudin dan kakitangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan ini. Semoga usaha seperti ini terus menyatukan komuniti serta menyemai nilai-nilai kerjasama dan kelestarian alam.