PEKAN, 5 OKTOBER 2025 – Kejohanan Boling Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja 2025 telah berlangsung dari 3 hingga 5 Oktober 2025 bertempat di Premium Lanes, Pekan, Pahang.
Kejohanan ini telah menghimpunkan sebanyak 66 pasukan daripada pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia serta agensi kerajaan negeri Pahang.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Tuan Mohamad Nasir Bin Jusoh, telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi beberapa kategori termasuk berkumpulan, individu, high score dan veteran.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan penyertaan yang cemerlang sepanjang kejohanan ini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja
Lihat galeri gambar di sini.