PEKAN, 16 Oktober 2025 – Program Slim & Fit Challenge 2025 Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPPBDR) diteruskan ke minggu ketiga dengan penuh semangat di Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah.
Pelbagai aktiviti fizikal dan kesedaran kesihatan dijalankan termasuk senamrobik, larian santai, cabaran kecergasan, dan sesi perkongsian pemakanan sihat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pekan.
Program Slim & Fit Challenge ini akan diteruskan pada minggu-minggu seterusnya dengan pelbagai pengisian menarik bagi memastikan objektif penganjuran tercapai dan amalan gaya hidup sihat terus menjadi budaya kerja warga Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja