PEKAN, 20 November 2025 — Program Sentuhan Rakyat Makmur peringkat Daerah Pekan 2025 berlangsung meriah hari ini dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan negeri. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Indera Nazri Abu Bakar, bersama ketua-ketua jabatan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Tuan Mohd Nasir Bin Jusoh, AAP.
Program ini berfungsi sebagai wadah untuk mendekatkan kerajaan dengan masyarakat melalui penyampaian bantuan, mendengar pandangan penduduk serta memperkukuh mutu perkhidmatan di peringkat daerah. Melalui pelbagai sesi libat urus, isu-isu tempatan dapat diketengahkan dan ditangani dengan lebih berkesan. Penyampaian sumbangan kepada kumpulan yang memerlukan turut mendapat respon positif daripada komuniti setempat yang menghargai usaha kerajaan negeri menyantuni rakyat secara langsung.
Program ini juga membantu mempererat hubungan antara agensi kerajaan serta menggerakkan inisiatif pembangunan komuniti di Daerah Pekan secara lebih inklusif dan berterusan.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja