PEKAN, 06 Disember 2025 – Program Townhall Bersama Komuniti dan Penyerahan Bantuan Persekolahan anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 1 dan Zon 23 telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Kelat Rendang, Pekan.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Nasir bin Jusoh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPPBDR) dan turut dihadiri Ahli-Ahli Majlis MPPBDR, Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian MPPBDR serta wakil agensi termasuk Jabatan Kerja Raya Pekan, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dan SWCorp Pekan.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #PekanBandarDiraja #MegahProgresifPermai