PEKAN, 09 Disember 2025 – KPDN Negeri Pahang telah melaksanakan Program Walkabout serta Majlis Perasmian Program Pasar Patuh 2025 (3P) yang berlangsung di Pasar Besar Pekan, Pahang.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Jezlily binti Jamaluddin, Pengarah KPDN Negeri Pahang, diiringi oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Pahang, Tuan Mohd Hafiz bin Ramli, Setiausaha MPPBDR, TPr. Zuraidah binti Abdul Majid, serta para tetamu jemputan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, FAMA Negeri Pahang, SSM Negeri Pahang, Kementerian Kesihatan Malaysia, Syarikat Yang Dilantik (SDL), Malayan Banking Berhad serta rakan-rakan media.
Program Pasar Patuh (3P) bertujuan menggalakkan para peniaga pasar awam mematuhi piawaian ditetapkan, termasuk penandaan harga yang tepat, penggunaan alat timbang yang sah, serta memastikan suasana pasar kekal kemas, selamat dan teratur.
Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini demi memastikan persekitaran pasaran pengguna yang bersih, selamat dan mematuhi peraturan demi kesejahteraan rakyat.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #Pahang1st #MegahProgresifPermai #PekanBandarDiraja