KUANTAN, 09 Disember 2025 – Majlis Anugerah Pahang 1st Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan berprestij di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah pada malam tadi, menghimpunkan para penerima anugerah, tetamu kenamaan serta barisan kepimpinan Negeri Pahang.
Bertemakan “Kemuncak Prestij Aspirasi Pahang 1st”, majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdi bin Wan Ismail, sebagai simbol apresiasi atas kecemerlangan dan komitmen jabatan dalam memperkasa mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Negeri Pahang.
Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPPBDR) turut mengukir kejayaan cemerlang apabila meraih dua pengiktirafan utama, iaitu:
– Tempat Pertama bagi Anugerah Perkhidmatan Digital (ADx)
– Penarafan Emas bagi Anugerah Pentadbiran Cemerlang (APEC)
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MPPBDR. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang, seiring aspirasi Pahang 1st dalam membudayakan kecemerlangan.
Lihat galeri gambar di sini.
#MajlisPerbandaranPekanBandarDiraja #AnugerahPahang1st #PekanBandarDiraja #MegahProgresifPermai #Pahang1st