21 SEPTEMBER 2021 – Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Sistem iMDP diantara Majlis Daerah Pekan dan Konsultan Sistem iaitu Data View Systems Sdn Bhd telah diadakan di Majlis Daerah Pekan bagi menandatangai perjanjian penyelenggaraan sistem yang telah digunapakai di Majlis Daerah Pekan.
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis yang terlibat iaitu Encik Badrul Hisham Bin Abdul Rapar, Encik Roslan Bin Dabal dari Pihak Data View Systems Sdn Bhd dalam sesi Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelenggaraan Sistem iMDP tersebut . Turut hadir bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, YH Dato’ Haji Zainal Abidin bin Md.Amin, DIMP., AMP. serta Tuan Setiausaha Majlis Daerah Pekan, En Mohamad Nasir bin Jusoh.