Tamat tempoh pada: Jun 21, 2024
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Personel MySTEP
Kelayakan Akademik: SPM SVM
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Semua
SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
-
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau ;
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mahir dalam penyelenggaraan jentera dan mesin.
- Berpengetahuan dalam penyelenggaraan kenderaan motor elektrik (buggy) adalah satu kelebihan.
- Boleh menggunakan komputer dan perisian Microsoft Word/ Excel.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
- Menyediakan jadual dan rekod penyeleggaraan kenderaan/jentera/mesin/buggy.
- Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan/jentera/mesin dan buggy mengikut S.O.P. dan jadual.
- Mengurus pembelian alat ganti kenderaan/jentera/mesin dan buggy mengikut prosedur dan arahan perbendaharaan.
- Menyelenggara dan mengemaskini rekod keluar masuk bahan-bahan seperti petrol, diesel, minyak hidraulik, minyak pelincir dan bahan-bahan penyelenggaraan yang lain.
- Memastikan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat kerja, setor dan peralatan.
- Menyediakan laporan kerosakan dan penyelenggaraan aset setiap bulan kepada Ketua Jabatan.
KADAR UPAH BULANAN
RM 1,700.00
Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.