Penolong Pegawai Penilaian

Tamat tempoh pada: 03 Mac 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Contract For Service (CFS)
Gred: W5
Kelayakan Akademik: DIPLOMA
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki & Perempuan

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3.        
    1. Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,731.00); atau
    2. Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada W5: RM1,731.00); atau
    3. Diploma Pengurusan Harta Tanah atau Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,974.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Menjalankan kerja-kerja penilaian harta bagi maksud kadaran dan insuran untuk semua pegangan dan harta di dalam kawasan dan milik Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja (MPP).
  • Menambah dan memperbanyakkan bilangan harta-harta baru yang boleh dikenakan cukai.
  • Mengurus dan menyelia harta-harta milik MPP termasuk projek-projek penswastaan.
  • Memungut butir-butir mengenai jual beli harta, sewaan, hak milik tanah, mengira keluasan tanah, menganalisis butir-butir jual beli, mengawas dan melaksanakan urusan latihan dan pengurusan pentadbiran yang berkaitan.

Maaf! Permohonan kerja ini telah tamat tempoh.
Dikemas kini pada 7 April 2025, 12:05

Kongsi