17 Februari 2025 (Isnin) – Telah diadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Pasukan Majlis Perbandaran Pekan bagi Kejohanan Sukan Kerajaan Tempatan (SKT) Negeri Pahang 2025 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.
Penyerahan ini disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan, Tuan Mohamad Nasir Bin Jusoh, AAP. Turut hadir Setiausaha Majlis Perbandaran Pekan, TPr Zuraidah Binti Abdul Majid, Ahli Majlis, Tengku Dato’ Jamil Iklil Bin Tengku Hussin, DIMP., SAP. dan Tan Teng Chuang serta para pemain Sukan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang 2025.