PEKAN, 23 APRIL 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli ke Majlis Penutup Kembara Pahang 1.0 di Pantai Lagenda, Pekan Pahang.
Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Mua’adzam Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah – Tengku Panglima Perang Pahang ,YM Tengku Kamil Ismail bin Tengku Ideris Shah – Tengku Besar Pahang.
Hadir Sama YB. Dato’ Mohd Nizar Bin Dato’ Sri Mohd Najib – EXCO Kerajaan Negeri Pahang / ADUN Peramu Jaya , YB. Fadzli Bin Mohd Kamal – EXCO Kerajaan Negeri Pahang / ADUN Dong. YB Dato’ Indera Nazri Bin Abu Bakar – Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang , YAB Dato’ Dr Asmadi Bin Mohamed Naim – Mufti Negeri Pahang , YDH CP Dato’ Sri Yahaya Bin Othman – Ketua Polis Pahang , YDH DCP Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Haji Ayob – Timbalan ketua Polis Pahang.YBhg. Encik Azora @ Ahmad bin Shamsudin – Pegawai Daerah Pekan , YDH Supt Mohd Zaidi bin Mat Zin, Ketua Polis Daerah, Tuan Mohamad Nasir bin Jusoh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.