Pembantu Kemahiran (Automotif)

Tutup pada: 25 Ogos 2025
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Taraf Perjawatan: Personel MySTEP
Gred: H1
Kelayakan Akademik: SPM SVM
Jumlah Kekosongan: 1 (Satu)
Jantina: Lelaki Sahaja
Kadar Upah: RM1700.00

a)      Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

b)      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan  masuk seperti berikut:

    1. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan ); atau
    2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
    3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dam Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
    4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
    5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dam Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

  • Menyediakan jadual dan rekod penyeleggaraan kenderaan/ jentera/ mesin/ buggy.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan/ jentera/ mesin dan buggy mengikut S.O.P. dan jadual.
  • Mengurus pembelian alat ganti kenderaan/ jentera/ mesin dan buggy mengikut prosedur dan arahan perbendaharaan.
  • Menyelenggara dan mengemaskini rekod keluar masuk bahan-bahan seperti petrol, diesel, minyak hidraulik, minyak pelincir dan bahan-bahan penyelenggaraan yang lain.
  • Memastikan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat kerja, setor dan peralatan.
  • Menyediakan laporan kerosakan dan penyelenggaraan aset setiap bulan kepada Ketua Jabatan.

Mohon jawatan ini

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/ Kontrak bagi jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur dengan ketetapan kriteria seperti berikut:-

i) Anak Pahang dan pemegang Kad Pengenalan Kod Negeri Pahang iaitu 06, 32 atau 33 dan

ii) Ibu atau bapa calon merupakan anak Negeri Pahang dan pemegang Kad Pengenalan Kod Negeri Pahang iaitu 06, 32 atau 33 dan

iii) Ibu bapa atau calon merupakan pemastautin di Negeri Pahang melebihi 10 tahun. Calon perlulah mengemukakan surat pemastautin yang dikeluarkan oleh Penghulu Mukim.

A. CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT:

1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja http://mpp.gov.my/

2. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen mengikut susunan berikut:

i) Salinan Kad Pengenalan
ii) Salinan Sijil Kelahiran
iii) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
iv) Salinan Sijil Tamat Persekolahan Menengah
v) Salinan Sijil STPM/ STAM/ Sijil Pertanian/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Khas/ Diploma dan Transkrip Akhir/ Ijazah dan Transkrip Akhir.
vi) Surat Pengesahan Pemastautin bagi pemohon/ibu/bapa yang bukan anak Pahang dan telah bermastautin di Negeri Pahang melebihi 10 tahun.

3. ARAHAN :

i) Salinan sijil perlu diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan keatas.

ii) Kesemua dokumen di atas hendaklah dimuat naik semasa permohonan dibuat.

iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan selain dari Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

iv) Sekiranya permohonan tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja berhak untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini.

4. TARIKH BUKA PERMOHONAN : 11 OGOS 2025 (ISNIN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 OGOS 2025 (ISNIN)

NO FAIL JAWATAN : 1/4/0055 Jld.10

5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

6. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri.

Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .jpeg, .jpg, .png

Butir-Butir Peribadi

Maklumat Bapa

Maklumat Ibu

Keputusan Peperiksaan : SPM

Bagi subjek Bahasa Melayu telah ditetapkan dibaris pertama dan hanya perlu mengemaskini gred yang diperolehi. Manakala subjek selebihnya boleh dimasukkan sendiri oleh pemohon sepertimana ruangan yang telah disediakan. Jumlah maksimum subjek yang perlu dimasukkan adalah dua belas (12).

Keputusan Peperiksaan : STPM

Bagi subjek Bahasa Melayu telah ditetapkan dibaris pertama dan hanya perlu mengemaskini gred yang diperolehi. Manakala subjek selebihnya boleh dimasukkan sendiri oleh pemohon sepertimana ruangan yang telah disediakan. Jumlah maksimum subjek yang perlu dimasukkan adalah sepuluh (10).

Keputusan Peperiksaan : STAM

Subjek dan gred boleh dimasukkan sendiri oleh pemohon. Jumlah maksimum subjek yang boleh dimasukkan adalah sepuluh (10).

Universiti/ Kolej

Pemohon dikehendaki mengisi maklumat ini sekiranya pernah memasuki mana-mana universiti/ kolej dan berjaya menamatkan pengajian di tempat tersebut. Nama Universiti/ Kolej, Sijil/ Diploma/ Ijazah yang diperolehi bidang pengkhususan, CGPA dan tahun penganugerahan perlu diisi bagi mengelakkan permohonan anda ditolak.

Pengalaman Kerja (1)

Pengalaman Kerja (2)

Pengalaman Kerja (3)

Hubungan Dengan Pegawai MPPBDR (Jika Ada)

Rujukan (1)

Pemohon dikehendaki memastikan memasukkan maklumat individu (selain dari saudara mara)

Rujukan (2)

Pemohon dikehendaki memastikan memasukkan maklumat individu (selain dari saudara mara)

Dokumen Sokongan

**Format fail yang disokong adalah .PDF sahaja
**Kesemua Salinan Sijil yang dimuatnaik perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional
**Pastikan saiz setiap fail tidak melebihi 2MB

Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikSaiz fail maksimum yang dibenarkan ialah 2 MB.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikAnda boleh memuat naik sehingga 3 fail, 2 MB setiap fail.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikAnda boleh memuat naik sehingga 3 fail, 2 MB setiap fail.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Letakkan fail di sini atau klik untuk memuat naikAnda boleh memuat naik sehingga 5 fail, 2 MB setiap fail.
Jenis yang Dibenarkan: .pdf
Dikemas kini pada 12 Ogos 2025, 15:19

Kongsi