Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan masuk seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, menjalankan siasatan dan membantu dalam pentadbiran dan pengurusan am bahagian atau cawangan penguatkuasaan dan juga bertanggungjawab dalam menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah serta perlu melaksanakan tugas mengikut jadual yang ditetapkan dan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
Mohon jawatan ini
Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap/ Kontrak bagi jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur dengan ketetapan kriteria seperti berikut:-
i) Anak Pahang dan pemegang Kad Pengenalan Kod Negeri Pahang iaitu 06, 32 atau 33 dan
ii) Ibu atau bapa calon merupakan anak Negeri Pahang dan pemegang Kad Pengenalan Kod Negeri Pahang iaitu 06, 32 atau 33 dan
iii) Ibu bapa atau calon merupakan pemastautin di Negeri Pahang melebihi 10 tahun. Calon perlulah mengemukakan surat pemastautin yang dikeluarkan oleh Penghulu Mukim.
A. CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT:
1. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja http://mpp.gov.my/
2. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen mengikut susunan berikut:
i) Salinan Kad Pengenalan
ii) Salinan Sijil Kelahiran
iii) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
iv) Salinan Sijil Tamat Persekolahan Menengah
v) Salinan Sijil STPM/ STAM/ Sijil Pertanian/ Sijil Matrikulasi KPM/ Sijil Khas/ Diploma dan Transkrip Akhir/ Ijazah dan Transkrip Akhir.
vi) Surat Pengesahan Pemastautin bagi pemohon/ibu/bapa yang bukan anak Pahang dan telah bermastautin di Negeri Pahang melebihi 10 tahun.
3. ARAHAN :
i) Salinan sijil perlu diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan keatas.
ii) Kesemua dokumen di atas hendaklah dimuat naik semasa permohonan dibuat.
iii) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan selain dari Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.
iv) Sekiranya permohonan tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja berhak untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini.
4. TARIKH BUKA PERMOHONAN : 11 OGOS 2025 (ISNIN)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 OGOS 2025 (ISNIN)
NO FAIL JAWATAN : 1/4/0055 Jld.10
5. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.
6. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri.