21 Julai 2025 (Khamis) – Telah diadakan Majlis Perjumpaan Yang Dipertua Bersama Warga Kerja Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja Bil. 2/2025 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang.
Antara perkara yang ditekankan dalam perjumpaan kali ini ialah semangat patriotik mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan. Premis perniagaan dan komuniti diseru untuk mengibar Jalur Gemilang, namun penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi memastikan bendera tidak lusuh, uzur atau koyak.
Pada kesempatan ini, Tuan Yang Dipertua turut memperkenalkan kakitangan lantikan baharu serta menyeru agar semua beriltizam bekerja dengan baik, berintegriti, dan menjaga nama serta imej MPPBDR.