8 September 2025 (Isnin) – Telah diadakan Majlis Perasmian Kick-Off dan Focus Group Discussion (FGD) Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanjung Batu–Nenasi, Pekan yang telah dilaksanakan dengan kerjasama PLANMalaysia Pahang, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja serta pasukan perunding Iktisas Planners Sdn. Bhd di Dewan Banquet Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja.
Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri.
Lihat galeri gambar di sini.