24 Oktober 2025 (Jumaat) – Telah diadakan Sesi Penutup Pengauditan SIRIM bagi Sistem Pengurusan Bersepadu MS ISO 9001:2015, MS ISO 37001:2016 dan ISO/IEC 27001:2022 di Dewan Mesyuarat Bunga Pekan.
Sesi penutup pengauditan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Mohd Nasir bin Jusoh, bersama kehadiran pegawai-pegawai MPPBDR dan juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Sesi ini diakhiri dengan harapan agar penambahbaikan berterusan dapat dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan dan pematuhan terhadap keperluan piawaian sistem pengurusan dapat dikekalkan serta dipertingkatkan pada masa akan datang.
Lihat galeri gambar di sini.
#majlisperbandaranpekanbandardiraja #pahang1st #megahprogresifpermai #pekanbandardiraja