PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN PEKAN
| Bil | Perkara |
|---|---|
| 1. | Menjamin layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila aduan dibuat tentang perkhidmatan kami. |
| 2. | Menjamin untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan asas dalam kawasan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja. |
| 3. | Memastikan semua aktiviti pembangunan adalah terkawal dan mengikut perancangan yang digariskan. |
| 4. | Menguruskan kewangan dengan telus, cekap dan amanah. |
| 5. | Menguatkuasakan undang-undang dengan adil dan saksama. |
| 6. | Memastikan harta-harta dinilai dengan cekap dan berkesan. |
| 7. | Memastikan penyelenggaraan pokok-pokok teduhan dan penyelenggaraan landskap di bawah seliaan majlis dilaksana. |
| 8. | Semua permohonan lesen tidak berisiko diproses dan diluluskan dalam tempoh 24 jam dan lesen berisiko diluluskan dalam tempoh 30 hari. |
| 9. | Memastikan semua premis makanan yang dilesenkan diperiksa dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja. |
| 10. | Menerima, menyiasat dan memberi maklumbalas ke atas aduan berkaitan perkhidmatan perbandaran di dalam tempoh 3 hari. |
| 11. | Memastikan semua permohonan penyewaan gerai / bangunan Majlis Perbandaran diproses mengikut keperluan MS ISO 9001:2015 yang telah didokumenkan. |
| 12. | Memastikan persiapan sewaan dewan dan kemudahan sukan dilakukan mengikut tempoh yang ditetapkan. |
| 13. | Menyelaras aktiviti kemasyarakatan dan komuniti mengikut Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) |
| 14. | Memastikan kursus kakitangan mematuhi 5 hari setahun. |
| 15. | Memastikan urusan pelantikan kakitangan tetap dalam tempoh 3 bulan selepas jawatan dikosongkan. |
| 16. | Memastikan ketersediaan kemudahan prasarana ict berfungsi dengan baik, setiap aduan pengoperasian dan maklumbalas pelanggan diambil tindakan dalam tempoh 8 jam sehari selepas aduan diterima dan ketersediaan capaian interaktif dan pengemaskinian laman web dalam tempoh 24 jam. |
| 17. | Memastikan audit dalam dilaksanakan bagi memantau kerja dan prosedur dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang. |