Fungsi Bahagian
- Mengendalikan urusan pentadbiran am seperti surat-menyurat jabatan dan Pengurusan Fail;
- Menyelaras Mesyuarat Jabatan/ Jawatankuasa;
- Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan negeri;
- Menyediakan struktur organisasi yang mantap dengan bilangan personel di tahap optimum melalui pewujudan dan pengisian jawatan mengikut keperluan dan norma perjawatan yang ditetapkan;
- Merancang dan membangunkan sumber manusia yang berintegriti serta memenuhi keperluan kompetensi organisasi;
- Mewujudkan hubungan pihak pengurusan dan pekerja yang harmonis yang menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi;
- Merancang, mengurus dan melaksana urusan kemajuan kerjaya bagi Pegawai Pengurusan dan Profesional dan Anggota Kumpulan Pelaksana; dan
- Mengurus hal-hal perkhidmatan dan kemudahan bagi warga kerja Majlis Perbandaran Pekan berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.