Latar Belakang
Jabatan Penilaian adalah merupakan salah satu Jabatan yang utama di dalam organisasi Majlis Majlis Daerah Pekan (MDP). Jabatan ini ditubuhkan bagi menjadi penjana kepada punca hasil utama Majlis iaitu melalui Cukai Taksiran Am, Sumbangan Membantu Kadar dan Pengurusan Tanah Majlis. Tugas utama bagi Bahagian ini adalah untuk menilaikan kesemua hartanah yang terletak di dalam kawasan kadaran MDP untuk dikenakan Cukai Taksiran Am dan Sumbangan Membantu Kadar yang merupakan punca hasil utama Majlis.
Bermula tahun 1992, Jabatan ini telah dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan bil-bil Cukai Taksiran Am dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik yang gagal menjelaskan Cukai Taksiran Am. Tugas Jabatan ini juga semakin berkembang dengan penguatkuasaan Akta
Pengurusan Srata 2013 (Akta 757) pada bulan April 2007, dimana Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) diletakkan terus di bawah YDP tetapi ditempatkan di Jabatan ini. Dengan pertambahan kakitangan, Jabatan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian Pengurusan Cukai Taksiran, bahagian Pengurusan Harta dan COB.
Objektif
- Menentukan semua harta di kawasan Majlis Daerah Pekan untuk cukai taksiran pada nilai yang munasabah.
- Berlaku adil dalam segi penilaian kepada semua pembayar cukai.
- Menyediakan satu senarai nilaian yang lengkap dan dikemaskini bagi maksud pungutan cukai taksiran am Majlis Daerah Pekan.
- Memperkembangkan kawasan pungutan cukai secara berperingkat-peringkat sehingga meliputi keseluruhan kawasan Majlis Daerah Pekan.
- Berusaha mengenalpasti dan membuat penilaian harta tanah kediaman atau bangunan yang boleh mendatangkan hasil kepada Majlis Daerah Pekan.
Matlamat
“Menjadi penggerak utama ke arah mempertingkatkan hasil Majlis melalui pengenaan Cukai Taksiran Harta, Sumbangan Membantu Kadar dan Pengurusan Tanah Majlis”.
Piagam Pelanggan
- Pertanyaan mengenai Cukai Taksiran Am akan dijawab serta-merta.
- Mempastikan bil cukai taksiran am (biru) dikeluarkan bagi tempoh Jan-Jun dan Julai – Dis pada setiap tahun.
- Bantahan Cukai Taksiran Am akan diputuskan satu bulan selepas bantahan dibuat.
- Kami Menjamin layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda mengemukakan aduan berkenaan perkhidmatan kami.
- Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang profesional meluputi aspek-aspek seperti berikut.
Peranan dan Tanggungjawab
- Melakukan penilaian terhadap semua pegangan dalam kawasan Majlis Perbandaran Pekan.
- Mengadakan Penilaian semula dan Pindaan Senarai Nilaian.
- Mengurus dan memproses pindah milik pegangan berkadar.
- Menjalankan kerja-kerja menuntut Tunggakan Cukai Taksiran Am.
- Menjalankan pemeriksaan dan penilaian ke atas hartanah kerajaan dan badan-badan berkanun.
- Menuntut caruman membantu kadar.
- Menguruskan remisi Cukai Taksiran Am.
- Menerima dan memproses permohonan pengecualian/pengurangan Cukai taksiran dibawah sekeyen 134/135 Akta 171.
- Menginsurankan, mengurus dan memproses tuntutan insuran terhadap harta-harta Majlis Perbandaran Pekan, kakitangan, Ahli Majlis dan tanggungan Awam (Public Liability).
- Mengeluarkan dan mengepos bil-bil Cukai Taksiran Am dan Notis E kepada semua pemilik-pemilik harta di dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran Pekan.
- Mengurus bangunan-bangunan Milik Majlis Perbandaran Pekan bagi tujuan penyewaan dan kebolehgunaan penyewa.
Jenis-jenis Perkhidmatan
- Prosedur Bantahan Cukai Taksiran Harta.
- Permohonan Pengecualian Cukai Taksiran Harta.
- Permohonan Pindahmilik Nama (Caj RM10.00 dikenakan).
- Permohonan Tukar Alamat Surat Menyurat.
- Penyewaan bangunan Majlis Dearah Pekan.
- Laluan dan kaunter tiket bas.
- Tanah Kosong.