OBJEKTIF KUALITI
- Untuk memastikan kualiti perbandaran di tahap optima melalui perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkesan pada setiap masa
- Untuk memastikan perancangan dan pembangunan Bandar dilaksanakan secara bersistematik dan realistik berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
- Untuk memastikan ciri-ciri dan identiti Bandar sentiasa kekal dengan fungsinya sebagai Bandar diraja.
- Untuk meningkatkan dan mengekalkan kebersihan dan keindahan alam sekitar Daerah Pekan sentiasa baik serta kekal dengan ciri-ciri semulajadi.
- Untuk mewujudkan dan mengekalkan kualiti perkhidmatan secara menyeluruh melalui amalan bertaraf peringkat antarabangsa.
- Untuk menjana peningkatan ekonomi penduduk Daerah Pekan dengan lebih efektif melalui Program Transformasi Pekan Bandar Diraja.
- Untuk menjadikan Bandar Pekan sebagai Bandar Pelancongan Peringkat Nasional dengan khazanah Diraja dan keindahan alam semulajadi dapat direalisasikan pada tahun 2030 melalui Program Transformasi Pekan Bandar Diraja.